Berita & Aktiviti Terkini


Tarikh akhir kemaskini : 2018


Hari Terbuka Pusat Internet Bukit Besar

7 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 6 oktober 2018 yang lalu, Pusat Internet Bukit Besar telah mengadakan Program Hari Terbuka Pusat Internet Bukit Besar bagi tahun 2018. Program ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan erat........baca seterusnya


Program Art Workshop (Kesedaran tentang haiwan-haiwan terancam di Malaysia) kerjasama antara Maxis e-Kelas & Perhilitan

06 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 4 & 5 September, jam 3.30 petang hingga 5.30 petang yang lalu, Pusat Internet Bukit Besar telah mengadakan “Program Art Workshop (Kesedaran tentang haiwan-haiwan terancam di Malaysia) kerjasama antara Maxis e-Kelas & Perhilitan” dimana bertujuan untuk memberi kesedaran tentang haiwan-haiwan terancam di Malaysia kepada pelajar-pelajar Maxis e-Kelas.........baca seterusnya


Rakaman Video (Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan OKU Peringkat Kebangsaan 2018)

30 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Ogos 2018, Diantara pukul 10 pagi hingga 1 petang Pihak Pusat Internet Bukit Besar telah berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam untuk sesi rakaman video berkenaan amalan cara hidup sihat dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU). Tujuan rakaman video ini adalah untuk menyertai satu pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.........baca seterusnya


Program Menghias Pusat Internet sempena Hari Merdeka & Hari Malaysia

18 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos yang lalu, Pusat Internet Bukit Besar bersama-sama para pelajar dan bekas pelajar Maxis e-Kelas serta pengguna Pusat Internet telah bergotong-royong menghias Pusat Internet bagi menyambut bulan kemerdekaan. Seramai 13 orang pelajar hadir memberikan kerjasama bermula pada pukul 9 pagi hingga 12 tengahari..........baca seterusnya


Kelas Tambahan Digital (Maxis e-Kelas) Eksperimen Matematik & Sains

05 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Ogos 2018, PI Bukit Besar melalui Program Maxis e-Kelas telah menjalankan satu eksperimen bagi matapelajaran Matematik & Sains untuk setiap tingkatan 1, 2 & 3. Eksperimen ini dijalankan adalah bertujuan untuk cikgu menilai pelajar-pelajar Maxis e-Kelas samada mereka faham ataupun tidak dengan apa yang telah mereka belajar berkaitan teori didalam kelas selama ini..........baca seterusnya


Kelas Tambahan Digital (Maxis e-Kelas)

29 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada setiap bulan, PI Bukit Besar mengadakan Program Maxis e-Kelas iaitu Pendidikan Secara Digital. Program ini dijalankan bagi memperkenalkan kelas tambahan digital secara percuma kepada para pelajar dari tingkatan 1, 2 dan 3. Seramai 45 orang peserta telah menyertai program ini. Tujuan program ini adalah untuk memberikan penekanan kepada pelajar mengenai tuisyen.............baca seterusnya


Program Motivasi Aktif Maxis E-Kelas 2018

1 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 30 Jun 2018 yang lalu, jam 10 pagi – 12 tengahari, Pusat Internet Bukit Besar telah menganjurkan satu program iaitu “Program Motivasi Aktif Maxis E-Kelas 2018”. Program ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman........baca seterusnya



Program Indahnya Ramadhan

2 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 1 jun 2018, Pusat Internet Bukit Besar telah bekerjasama dengan kumpulan Tadarus Al-Quran Masjid Bukit Besar menganjurkan satu program iaitu “Program Indahnya Ramadhan” di Pusat Internet Bukit Besar........baca seterusnya


Tuisyen Maxis e-Kelas

March 2018 | Aktiviti Terkini

Seperti tahun-tahun yang sudah, Tuisyen Maxis e-Kelas ini ditumpukan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja. Terdapat 3 subjek yang ditawarkan dalam Tuisyen Maxis e-Kelas ini iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi setiap tingkatan. Tuisyen Maxis e-Kelas ini dijalankan setiap hari Jumaat dan Sabtu sahaja di Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Besar. Setiap subjek dibuka kepada 20 orang pelajar sahaja memandangkan ruang bilik yang tidak mengizinkan........baca seterusnya


Anugerah Gemilang Maxis e-Kelas 2017

23 March 2018 | Aktiviti Terkini

Seperti tahun-tahun yang lepas, pihak Maxis e-Kelas akan mengadakan satu program pada hujung tahun bagi menghargai pelajar-pelajar e-Kelas yang cemerlang dalam Tuisyen e-Kelas yang diadakan di Pusat-Pusat Internet 1 Malaysia yang terpilih dan Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Besar merupakan salah Pusat Internet 1 Malaysia yang terpilih........baca seterusnya


Eksperimen Matapelajaran Sains (Maxis e-Kelas)

1 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 31 March 2018 baru-baru ini melalui Tuisyen Maxis e-Kelas dalam matapelajaran Sains yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia telah menjalankan satu eksperimen/ujikaji berkaitan “Perubahan Jirim” (Tingkatan 1), “Elektrolisis Air” (Tingkatan 2) dan “Penapis Air” (Tingkatan 3). .......baca seterusnya


Cabaran Drama Bahasa Inggeris (Maxis e-Kelas)

31 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Mac 2018 baru-baru ini, melalui Tuisyen Maxis e-Kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia telah menganjurkan Cabaran Drama Bahasa Inggeris dimana cabaran ini adalah bertujuan untuk membuat penilaian terhadap tahap kebolehan setiap pelajar yang telah mengikuti MAXIS e-Kelas dalam matapelajaran bahasa inggeris......baca seterusnya


Program Khas Maxis e-Kelas di PI Bukit Besar

11 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Februari 2018 program khas Sains di bawah Maxis Ekelas telah diadakan di PI Bukit Besar melibatkan pelajar tingkatan 1,2 dan 3 seramai 35 orang. Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan subjek sains melalui aktiviti eksperimen yang dijalankan. Antara eksperimen yang dilakukan adalah seperti merekacipta model gunung berapi, merekacipta sistem pencernaan dan merekacipta sistem daya apungan...........baca seterusnya


Karnival Muafakat DUN Sungai Limau

01 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Januari 2018 yang lepas telah berlangsungnya suatu program iaitu ‘Karnival Muafakat DUN Sungai Limau’ yang dianjurkan oleh Penyelaras DUN Sungai Limau. Program ini berlangsung di Hadapan Pejabat Penghulu, Simpang 3 Sungai limau Luar,Yan, Kedah. Pusat Internet 1 Malaysia Daerah Yan telah dijemput bersama-sama melaksana dan menjayakan karnival ini..........baca seterusnya


Program Penyelidikan Tinjauan Persepsi Mengenai PI

25 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Januari yang lalu melalui Universiti Teknologi Mara dibawah peruntukan Geran MCMC telah menjalankan suatu program kaji selidik iaitu “Penyelidikan Tinjauan Persepsi Mengenai Pusat Internet 1 Malaysia & Inklusi Digital Dikalangan Komuniti Terpinggir (Warga Emas)”. Program yang berlangsung di Pusat Internet 1 Malaysia ini disertai daripada 60 orang penduduk berbilang peringkat umur dari komuniti setempat dan 2 orang penyelidik dari UITM.........baca seterusnya


Aerobathon 2 Jam Tanpa Henti

17 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Buat julung kalinya, satu program yang jarang dilakukan dan sangat menarik iaitu "Aerobathon 2 jam tanpa henti" telah diadakan di perkarangan Dataran Kaki Gunung Jerai oleh Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Besar bersama Pusat Internet 1 Malaysia Daerah Yan....baca seterusnya


Kursus Pemantapan Ict Belia 2016

10 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 Januari, satu program yang sangat berguna kepada belia-belia kita iaitu "Kursus Pemantapan ICT Belian 2016" telah dijalankan dengan jayanya oleh Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Besar bersama Pusat Internet 1 Malaysia Daerah Yan. Program ini telah...baca seterusnya



Program Hari Terbuka PI Bukit Besar

5 Februari 2015 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia (Bukit Besar & Yan Kechil) dengan kerjasama penduduk Kg. Kuala Sg. Dulang Besar & Yayasan Sultanah Bahiyah telah menganjurkan Program Hari Terbuka PI Bukit Besar di Surau Kampung Kuala Sungai Dulang Besar, Yan, Kedah pada 04 Februari 2015....baca seterusnya


Program Riadah ICT

17 Mac 2015 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia (Bukit Besar) dengan kerjasama penduduk Kg. Kuala Sg. Dulang Kecil telah menganjurkan Program Riadah ICT di Perkarangan Masjid & Dewan Kg. Kuala Dulang Kecil, Yan, Kedah pada 16 Mac 2015....baca seterusnya



Program Hari Terbuka PI Bukit Besar

5 Februari 2015 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia (Bukit Besar & Yan Kechil) dengan kerjasama penduduk Kg. Kuala Sg. Dulang Besar & Yayasan Sultanah Bahiyah telah menganjurkan Program Hari Terbuka PI Bukit Besar di Surau Kampung Kuala Sungai Dulang Besar, Yan, Kedah pada 04 Februari 2015....baca seterusnya


Jom Kacau Bubur Asyura

7 November 2014| Aktiviti Terkini

Pada 6 november 2014 bertempat di hadapan tadika KEMAS Kampung Bukit Besar Pusat internet 1 malaysia bukit besar dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan & keselamatan Kampung (JKKK) telah menganjurkan Program " Jom Kacau Bubur A'syura" yang diadakan sempena menyambut Bulan Muharam bagi tahun Islam Hijrah. Penduduk kampung berganding bahu memasak 7 kawah bubur asyura dan juga makanan tengahari....baca seterusnya


Bengkel Montivasi & Perniagaan Online

17 September 2014| Aktiviti Terkini

Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia telah diadakan di Langkawi pada 14 hingga 16 september 2014 dan telah dirasmikan oleh Perdana menteri Malaysia, Dato' Seri Najib bin Abd.Razak. antara aktiviti bersama yang dijalankan di carnival ini ialah Bengkel Montivasi & Perniagaan Online yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) wilayah Utara. Pusat internet 1 Malaysia di bawah seliaan Maxis Mobile Sdn Bhd telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan bengkel ini di mana para peserta terdiri daripada peniaga-peniaga IKS sekitar kawasan Langkawi...baca seterusnya


Program Klik Dengan Bijak di SMK BEDONG

9 Mei 2014 | Aktiviti Terkini

Pusat internet 1 malaysia (bukit besar,sg.limau, kuala sala & yan kechil) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia dan pejabat penerangan daerah Sungai petani  telah menganjurkan Program Klik dengan Bijak (KDB) di Sekolah Menengah Kebangsaan bedong pada 8 Mei 2014. Program yang disertai seramai 53 orang peserta ini melibatkan pelajar dari tingkatan 6. .baca seterusnya


Program Sihat 10,000 Langkah

4 Mei 2014 | Aktiviti Terkini

Pusat internet 1 malaysia bukit besar dengan kerjasama JAWATANKUASA KOMUNITI SIHAT PERSATUAN SG.DAUN CEMERLANG telah menganjurkan Program Sihat 10,000 langkah di simpang tiga sungai daun, yan,kedah pada 3 Mei 2014. Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara penduduk di daerah yan dan juga Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Besar. Selain pada itu, program juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepentingan bersenam kepada masyarakat setempat di samping melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas....baca seterusnya